Wednesday 7 December 2011

Burj Al Arab 7-Star World Class Hotel

Artikel khas dalam Bahasa Malaysia ,
Copyright reserved @ http://www.umatislamcemerlangdanberilmu.blogspot.com ,
Brownielocks / Kaspersky Online Security / Chrome Firewall ,
Posted by Ahmad Izzuddin

Burj Al Arab merupakan sebuah hotel mewah bertaraf 7-bintang yang terletak di Dubai,Emiriah Arab Bersatu (U.A.E.).Dengan ketinggian pencakar langit 321 meter (1,053 kaki),Burj Al Arab memgang gelaran sebagai hotel keempat tertinggi di dunia.


Burj Al Arab dibina di atas sebuah pulau buatan yang dikelilingi air laut yang membiru serta pantai yang cantik. Pulau buatan tersebut dihubungkan ke tanah besar menggunakan sebuah tambak melengkung persendirian.Jika anda perasan,rekaan seni bina bangunan ini menyerupai mimik layar sebuah kapal.

Seni reka Burj Al Arab diilhamkan seorang arkitek dari British,Tom Wright dan seorang jurutera Rick Gregory dari Canada.Arkitek Tom Wright memaklumkan bahawa pelanggan mereka mahukan sebuah bangunan yang mampu menjadi mercu tanda dan ikon bandaraya Dubai.Mercu tanda yang bagaimana ?Hal ini mempunyai persamaan kepada beberapa hasil seni bina terkemuka seperti Opera House di Sydney,Big Ben di London dan Eiffel Tower di Paris.
Burj Al Arab mempunyai 70 tingkat dan dilengkapi 205 buah bilik persendirian mewah (pelbagai jenis bilik ditawarkan).Anda pasti tertanya-tanya berapakah harga sewa bilik di hotel 7-bintang terkemuka di dunia ini ?Harga sewa bagi bilik yang ditawarkan adalah berbeza-beza bermula dari AS$ 1,000 hingga AS$ 27,000 untuk dua hari satu malam (per night). 

Burj Al Arab turut dilengkapi dua buah restoran mewah iaitu Al Muntaha (Ultimate/Highest) dan Al Mahara (Oyster) yang memberi pengalaman melihat pemandangan sekeliling Dubai yang pasti cukup mengujakan.Al Mahara lebih istimewa sedikit kerana didatangkan bersama 'seawater aquarium' gergasi yang mampu menampung sehingga 990,000 liter padu air.Sambil menikmati hidangan yang menyelerakan,pelawat juga dihiburkan dengan bunyi-bunyian dari piano dan pemandangan ikan berenang.
Al Mahara (Oyster) of the Burj Al Arab

No comments:

Post a Comment