Monday 5 December 2011

Hyundai Sonata 2011 'All About Design'

Artikel khas dalam Bahasa Malaysia,
Copyright @ http://www.umatislamcemerlangdanberilmu.blogspot.com ,
Brownielocks /Kaspersky Online Security/Chrome Firewall ,
Posted by Ahmad Izzuddin

Lebih 40 tahun bergiat dalam dunia permotoran,Hyundai Motor Company telah mula memperkenalkan model kereta yang lebih menarik,berkualiti tinggi serta menepati standard antarabangsa dan dunia.Sehinggakan syarikat permotoran dari Korea ini dicop sekelas/setaraf dengan syarikat permotoran terkemuka Jepun seperti Toyota yang sudah bergiat selama lebih 80 tahun dan merupakan bakal pesaing industri permotoran Eropah seperti Mercedes Benz dan BMW Motor Company.

Salah sebuah model Hyundai yang paling digemari ramai ialah Hyundai Sonata Generasi ke-6 yang mula menembusi pasaran pada pertengahan tahun 2011.Reka bentuk sebuah kereta sedan yang begitu menawan,gah dan menampakkan ciri-ciri 'sporty',itulah yang terdapat pada model baharu Hyundai Sonata.Justeru, tidak mustahil segelintir pengguna jentera 'sporty' ini tergolong dari generasi muda.
Sonata merupakan model paling layak menyaingi model Toyota Camry,Honda Accord,Chevrolet Cruze dan lain-lain model sedan jika dirujuk kepada prestasi (performance),lekuk badan aerodinamik,kepuasan pengguna,kualiti dan harga.
Honda Accord (left),Mazda 6 and Hyundai Sonata
Dilengkapi enjin Theta 2.0L Turbocharged [162bhp (Theta) -274bhp (Theta Turbo)],kereta ini mampu memecut sehingga kelajuan tertinggi 260km/jam dengan kawalan 6 kelajuan automatik/manual.Model terbaharu turut dilengkapi 'panoramic sunproof' pada bahagian bumbung,roda 18 inci 'hyper silver alloy','dual exhaust system' dan pelbagai mekanisa menarik.
Hyundai Sonata 'interior sunroof'
Ini adalah satu-satunya model keluaran Hyundai yang dilengkapi dengan teknologi GDI (Gasoline Direct Injection) dan 'turbocharger' (bercas turbo) kedua-duanya sekali.Model ini juga boleh didapati dengan kapasiti enjin yang lebih berupaya seperti 2.4L Theta GDI.
Harga seunit Hyundai Sonata di pasaran Malaysia adalah sekitar RM 135,888 (2.0 standard) dan RM 163,888 (2.4 high spec).Teknologi ekonomi bahan api turut membolehkan kereta ini bergerak sejauh 13.2km/liter minyak (2.0) dan 12.3km/liter minyak (2.4).

Sekian,tk        ^_^

No comments:

Post a Comment