Tuesday 29 November 2011

Mutiara Kata 3

Barangsiapa yang mengenal Allah, 
Dia akan mengenal hakikat dan erti dirinya. 
Dia akan mengenal hakikat dan erti penciptaan. 
Dia akan mengenal hakikat dan erti dunia dan akhirat. 
Dia akan mengenal hakikat dan erti syurga dan neraka. 
Dia akan mengenal hakikat dan erti malaikat dan syaitan. 
Dia akan mengenal hakikat dan erti bidadari dan wanita dunia. 
Dia akan mengenal hakikat dan erti al-Qur’an. 
Dia akan mengenal hakikat dan erti kalimah Lailahaillah dan Muhammadurrasulullah.

Saturday 26 November 2011

Mutiara Kata 2

Saudaraku ..
janganlah engkau bersedih, bila ujian dan cobaan menghampirimu ..
rasakan dan nikmati apa yang ada, segala sesuatu pasti akan ada hujungnya,
sebagaimana segalanya ada pangkalnya ..
penderitaan pasti akan berakhir, dan
...air mata kesedihan akan merubahnya menjadi
.. tawa dan senyum yg manis ..
~ yakinlah semuanya pasti ada waktunya

Masjid Putra Putrajaya Seni Bina Moden dan Islamic

Masjid Putra terletak berhadapan dengan Tasik Putrajaya dan Dataran Putra yang sering manjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.Pembinaan bermula pada tahun 1997 dan siap pada 1 September 1999.Pembinaan masjid ini menelan belanja $80 juta atau kira-kira RM 250 juta.
Mempunyai seni reka bentuk unik yang menggabungkan dua konsep iaitu Tradisional Melayu dan Timur Tengah,bangunan berkubah ini pasti akan menambat hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.
'Putra Mosque Putrajaya' juga mampu menampung sehingga 15,000 orang jemaah pada satu-satu masa. 

Baru Niat Sudah Dapat Pahala ? Subhanallah

Assalammu'alaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh
Benarkah hanya dengan niat ingin melakukan kebaikan sudah ditulis satu kebaikan untuk diri kita ?

Jawapannya YA. Subhanallah,beruntunglah mereka yang sentiasa berfikir untuk melakukan kebaikan sesama manusia pada jalan Allah S.W.T. tidak mengira tempat dan masa.

Solat Dhuha Satu Keperluan Istiqamah

SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Pengalaman Seorang Tukang Mandi Jenazah (Manusia Soleh)

Assalammu'alaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakaatuh muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian.

Thursday 24 November 2011

Mutiara Kata ^_^

Sesiapa mencintai Allah,pasti semakin sunyi dengan manusia. 
Ditengah keramaian dia rasa keseorangan.
Saat kesukaan dia berduka.
Jika orang tertawa dia menangis.
Jasadnya dengan manusia,tapi batinnya bersama Allah 

Cinta terhadap Allah S.W.T. sangat menguntukan,
di saat manusia lain bergelak ketawa,dia kemurungan kerana takutkan mati,
di kala manusia lain sedang mengumpulkan harta kekayaan,dia mengumpulkan amal kebaikan yang membantu di alam akhirat yang kekal abadi,
ketika manusia lain bertapak ke tempat-tempat tidak sepatutnya,dia berselawat di dalam rumah Allah,
ketika manusia lain membaca novel cinta,dia berdampingan dengan Al-Quran dan buku-buku ilmiah,
di saat manusia lain menjadikan rakan karib tempat meluahkan perasaan,dia meluahkan perasaan terhadap Allah,berdoa dan bersyukur terhadapNya.

bersama kita renungkan...
Rabbi Yassir Ya Allah



-shared-

___________________________________________________________________________________________________________


Aisyah melaporkan hadis Rasulullah yang berkata,"Allah akan mengirim angin baik. Dengan angin itu,setiap orang yang memiliki kadar iman seberat biji zarah dalam hatinya akan meninggal dunia (selepas kemunculan ad-Dhukhan,Dajjal,Nabi Isa dan Yakjuj Makjuj).Hanya mereka yang tidak memiliki kebaikan dalam diri mereka sahaja yang akan tetap hidup."

Anas melaporkan hadis daripada Rasulullah S.A.W. yang bersabda, "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga tidak ada orang yang menyebut Allah,Allah."

Rasulullah menyatakan tanda hari kiamat begitu hampir adalah hembusan angin baik yang mengambil nyawa golongan yang beriman.Ia menghembus sehingga tidak ada lagi manusia di bumi yang megucapkan lafaz Allah.

Angin itu dikatakan lebih lembut daripada sutera.Mungkin itu adalah penghormatan Allah kepada orang beriman pada akhir zaman.Selepas kejadian itu,bumi hanya dihuni golongan yang sesat dan tidak beriman.Kemudian,kiamat yang dahsyat menimpa mereka.

Subhanallah..
Subhaanal Qudduus,Robbunal Qudduus

Sheikh Zayed Grand Mosque (Architecture Special)


[ Attention ! There are no copy paste allowed ]

Artikel sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia ,
Copyright @ http://www.umatislamcemerlangdanberilmu.blogspot.com ,
Brownielocks / Kaspersky Online Security / Chrome Firewall ,
Posted by Senta CX [Codename]

Masjid Sheikh Zayed Al Nahyan terletak di Abu Dhabi,ibu negara Emiriah Arab Bersatu (U.A.E.).Melihat kepada elemen seni binanya sahaja,sudah menambat hati sesiapa yang melihat struktur berkubah ini.Masjid terbesar di UAE ini mampu menempatkan seramai 40,000 orang jemaah pada satu-satu masa dengan keluasan melebihi 17,000 meter persegi.

Wednesday 23 November 2011

Audi R8 "All About Performance"


Artikel khas dalam Bahasa Malaysia,
Copyright @ http://www.umatislamcemerlangdanberilmu.blogspot.com ,
Brownielocks /Kaspersky Online Security/Chrome Firewall ,
Posted by Senta CX [Codename]

Diperkenalkan Audi AG,salah sebuah syarikat automotif terkemuka di German pada tahun 2006,jualan 'supercar' berprestasi tinggi Audi R8 mula menembusi pasaran Asia terutamanya China,Hong Kong,Malaysia,Fillipina dan Singapura.
Audi R8 GT 5.2L V10 at Paris Motor Show 2010 (Photo credit to Wikipedia)

Tuesday 22 November 2011

"Wahai Orang Tampan !"

credit to Opera.My/ArwinAgus

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesehatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.
"Dikisahkan, bahwasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di depannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Kaa'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.

Sakaratul Maut Gerbang ke Alam Akhirat

Assalammu'alaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh,
[Sekadar peringatan untuk kebaikan kita bersama sebagai khalifah Allah S.W.T. di dunia]


.. DAHSYATNYA PROSES SAKARATUL MAUT ..

“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi boleh berbicara sekejap, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri”. (Imam Ghazali mengutip atsar Al-Hasan).