Tuesday 29 November 2011

Mutiara Kata 3

Barangsiapa yang mengenal Allah, 
Dia akan mengenal hakikat dan erti dirinya. 
Dia akan mengenal hakikat dan erti penciptaan. 
Dia akan mengenal hakikat dan erti dunia dan akhirat. 
Dia akan mengenal hakikat dan erti syurga dan neraka. 
Dia akan mengenal hakikat dan erti malaikat dan syaitan. 
Dia akan mengenal hakikat dan erti bidadari dan wanita dunia. 
Dia akan mengenal hakikat dan erti al-Qur’an. 
Dia akan mengenal hakikat dan erti kalimah Lailahaillah dan Muhammadurrasulullah.


Barangsiapa yang tidak mengenal Allah, 
Dia tidak akan mengenal mengapa diciptakannya dan siapakah dirinya. Kenapa dia lahir di dunia ini? 
Dia tidak akan mengenal hakikat penciptaan. Apakah makna penciptaan? Mengapa diciptakan, bukan terjadi dengan sendiri? 
Dia tidak akan mengenal nilai dunia dan betapa bernilainya akhirat. Dunia bagaikan segala-galanya, bagai tidak akan pergi dan ikut sekali ke dalam liang lahad. Akhirat bagai tiada apa-apa, boleh diambil jika kehendak, boleh ditinggalkan jika tidak. 
Dia tidak akan mengenal nilainya syurga dan neraka. Syurga yang terlalu indah, tiada kesedihan dan dukacita, penuh kenikmatan dan kemewahan,tidak akan jemu dan kesunyian, seperti tiada guna untuk dimiliki olehnya. Neraka yang penuh azab dan seksaan, air nanah, buah yang makan terburai perut, dicincang, minum darah, dan macam-macam lagi penderitaan, bagai bila-bila boleh masuk, bila-bila boleh pergi. Azab yang pedih dijanjikan seperti kebal dan tidak terasa, sedangkan pegang api mancis pun tidak berani. 

Dia tidak akan mengenali siapakah malaikat dan syaitan. Bukankah hanya manusia sahaja yang wujud, kenapa ada benda lain lagi? Tidak kenal yang malaikat itu seperti panglima, tentera dan komando Allah, dan syaitan itu penghasut, pendusta, dan bagai lalat yang sentiasa menghurung tubuh bangkai dan makanannya. 

Dia tidak akan kenal penciptaan bidadari yang suci, dan rendahnya harga wanita untuk duniawi. Siapa yang sentiasa mencintai suaminya, mendoakan suaminya, memuja dan memuji suaminya, tertulis nama suaminya di dada, menangis dan mencela apabila suaminya dicerca wanita dunia dan setia menanti suaminya di syurga dan sipakah pula yang setia bila berharta, setia kerana ada pangkat dan kebesarannya, setia bila dipenuhi kehendaknya, menawan bila muda, lusuh bila meningkat usia, dan ada sahaja yang tidak kena. 

Dia tidak akan mengerti akan nilainya al-Qur’an. Boleh nak baca, boleh ditinggalkan. Belajar bila masih kecil, berkeluarga suruh anak-anak sahaja yang membacakan. Seperti buku cerita? 

Dia tidak akan mengenal erti kalimah yang suci, menanda iman dan kafir. Petanda layak ke syurga atau neraka, petanda al-Qur’an dalam hati atau matanya, petanda impian si bidadari atau tertipu untuk wanita duniawi, petanda menjadi sebutan malaikat atau permainan syaitan, petanda mengenal hakikat penciptaan atau tidak, petanda mengenal dirinya atau hanya harta bendanya, dan petanda dia mengenal Allah atau selain Allah...
Indahnya alam ciptaan Allah S.W.T.


No comments:

Post a Comment