Saturday 26 November 2011

Baru Niat Sudah Dapat Pahala ? Subhanallah

Assalammu'alaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh
Benarkah hanya dengan niat ingin melakukan kebaikan sudah ditulis satu kebaikan untuk diri kita ?

Jawapannya YA. Subhanallah,beruntunglah mereka yang sentiasa berfikir untuk melakukan kebaikan sesama manusia pada jalan Allah S.W.T. tidak mengira tempat dan masa.


"Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Allah berfirman : 'Jika hamba-Ku berbicara (iaitu berniat) untuk melakukan kebaikan, maka Aku akan menulis untuknya satu kebaikan selagi belum melakukannya,. Jika ia telah melakukannya, maka Aku mencatatnya dengan
sepuluh kali ganda. Jika ia berniat untuk melakukan keburukan, maka Aku
mengampuninya selagi belum melakukannya. jika ia telah melakukannya, maka
Aku menulis untuknya yang semisalnya."

Rasulullah s.a.w bersabda lagi : "Para
malaikat berkata : wahai Tuhanku, hamba Mu ini berniat melakukan keburukan,
padahal Dia lebih mengetahuinya.' Allah berfirman lagi ; 'Lihatlah, jika dia melakukannya, maka catatlah keburukan itu untuknya dengan yang semisalnya.
Jika ia meninggalkannya, maka tulislah untuknya satu kebaikan. Ia hanyalah
meninggalkannya kerana takut kepada-ku." (Riwayat muslim)



Golongan yang kurang bernasib baik wajar diberikan perhatian dan bantuan

No comments:

Post a Comment