Saturday 26 November 2011

Masjid Putra Putrajaya Seni Bina Moden dan Islamic

Masjid Putra terletak berhadapan dengan Tasik Putrajaya dan Dataran Putra yang sering manjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.Pembinaan bermula pada tahun 1997 dan siap pada 1 September 1999.Pembinaan masjid ini menelan belanja $80 juta atau kira-kira RM 250 juta.
Mempunyai seni reka bentuk unik yang menggabungkan dua konsep iaitu Tradisional Melayu dan Timur Tengah,bangunan berkubah ini pasti akan menambat hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.
'Putra Mosque Putrajaya' juga mampu menampung sehingga 15,000 orang jemaah pada satu-satu masa. 

Serajah Pembinaan Masjid Putra :
Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.
Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid.Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid. Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM 250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM 100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.
Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.




No comments:

Post a Comment