Wednesday 23 November 2011

Audi R8 "All About Performance"


Artikel khas dalam Bahasa Malaysia,
Copyright @ http://www.umatislamcemerlangdanberilmu.blogspot.com ,
Brownielocks /Kaspersky Online Security/Chrome Firewall ,
Posted by Senta CX [Codename]

Diperkenalkan Audi AG,salah sebuah syarikat automotif terkemuka di German pada tahun 2006,jualan 'supercar' berprestasi tinggi Audi R8 mula menembusi pasaran Asia terutamanya China,Hong Kong,Malaysia,Fillipina dan Singapura.
Audi R8 GT 5.2L V10 at Paris Motor Show 2010 (Photo credit to Wikipedia)
Berkonsepkan 'All About Performance',rekaan 'supercar' ini memiliki beberapa buah ciri khas sebagai sebuah jentera berkelajuan tinggi yang mengagumkan.Kerangka utama (chasis) yang diperbuat daripada aluminium alloy unik (hampir sama seperti kerangka Lamborghini Gallardo) yang lebih ringan dan kukuh berbanding kerangka besi biasa dan campuran logam+fiber.

Versi awal Audi R8 dilengkapi dengan enjin 4.2L V8 yang memberi kuasa pecutan sehingga 301km/j (187mph) bercas turbo 424bhp (kuasa kuda).Model Audi R8 4.2L V8 boleh didapati dalam 2 versi iaitu Coupe' dan Spyder.Anggaran seunit R8 Quattro 4.2L V8 bernilai kira-kira $110,000 (harga atas jalan tanpa cukai,insurans dan sebagainya).
Original AUDI R8 Coupe' with 4.2L V8 PSI engine

Bagi memenuhi kehendak peminat jentera berkuasa tinggi juga,Audi AG sekali lagi memperkenalkan model baru Audi R8 yang dilengkapi enjin 5.2L FSI V10 yang lebih berkuasa.Boleh didapati dalam 3 versi iaitu Coupe',Spyder dan GT. Enjin berkuasa tinggi ini juga dipasang pada 'supercar' lain seperti Lamborghini Gallardo,BMW M6,Audi C6 S6 dan lain-lain.
AUDI R8 Coupe' with 5.2L V10 PSI engine

Diperkenal pada tahun 2010,Audi R8 GT merupakan yang model yang terpantas sekali (up-to-date) di dalam pengeluaran syarikat automotif Audi.Berat R8 GT yang dikurangkan 100kg (220lb) kepada 1,525kg memberi kuasa pecutan dan kestabilan yang bertambah.Kuasa enjin twin-turbocharged V10 FSI juga telah dipertingkat sehingga 560PS (552 kuasa kuda berbanding V10 asal-525 kuasa kuda) yang membolehkan pecutan tertinggi 199mph (320km/j).Kuasa 'pick-up' 0-100km/j turut dipertingkat kepada 3.6 saat berbanding 3.9 saat 'pick-up' Audi R8 V10 biasa.

Lebih menarik,model Audi R8 GT hanya dipasarkan sebanyak 333 buah.33 buah dihantar ke United Kingdom,90 buah dihantar ke United States dan selebihnya dipasarkan mengikut tempahan ekslusif dan terhad.
V10 PSI 5.2L (518-552bhp) / Top speed 317 - 320km/h
V8 PSI 4.2L (424bhp) / Top speed 301km/h

Apakah keistimewaan Audi R8 ?
Ianya merupakan antara salah sebuah 'supercar' di dunia yang dilengkapi lampu L.E.D. dan 'daytime running lamps' (DRL) belakang dan hadapan yang menampakkan elemen sporty dan elegance yang digemari generasi muda mahupun tua.
AUDI R8 L.E.D. flash lights

Chasis atau kerangka utama yang diperbuat daripada aluminium-alloy 32 valve memberikan impak besar kepada sistem keselamatan 'supercar' tersebut.Pengarah filem Iron Man,Jon Favreau turut terkejut ketika mengarahkan sebuah babak perlanggaran di antara sebuah Audi R8 yang dipandu Tony Stark dengan sebuah robot yang mewakili watak penjahat.

Jon Favreau mahukan anjakan Audi R8 yang terpelanting hasil hentakan kuat tersebut.Hasilnya,kerangka utama kereta tersebut berjaya menyerap impak hentakan dan mengalami sedikit kerosakan di hadapan 'bumper'.Beliau berasa terpegun !

Kesimpulannya,bercakap mengenai 'performance' atau prestasi jentera Eropah ini bukanlah perkara biasa. Sehinggakan sebuah analisis turut menyebut,keseluruhan prestasi R8 mengatasi Porshce Carrera 4S,Merc Benz SLR McLaren,Lamborghini Gallardo dan Ford Mustang sendiri.Sekian


Specifications  (Wikipedia)

ModelsR8 V8[26]R8 V10[27]R8 GT[28]R8 e-tron[29]
Engine
ConfigurationV8 32 valve 2×DOHCV10 40 valve 2×DOHCElectric motors
Displacement4,163 cc (4.163 L; 254.0 cu in)5,204 cc (5.204 L; 317.6 cu in)-
Power @ rpm430 PS (316 kW; 424 bhp) @ 7900 rpm525 PS (386 kW; 518 bhp) @ 8000 rpm560 PS (412 kW; 552 bhp) @ n/a rpm315 PS (232 kW; 311 bhp) @ n/a rpm
Torque @ rpm430 N·m (320 lb·ft) @ 4500-6000 rpm530 N·m (390 lb·ft) @ 6500 rpm540 N·m (400 lb·ft) @ n/a rpm4,500 N·m (3,300 lb·ft) @ n/a rpm
Performance
0 to 100 km/h (62 mph) (sec)4.63.93.64.8
0 to 200 km/h (120 mph) (sec)14.911.810.8n/a
14 miles (0.40 km) (sec)12.511.511.5n/a
Top speed187 mph (301 km/h)197 mph (317 km/h)199 mph (320 km/h)124 mph (200 km/h)
Dimensions & Weight
Length,
Width, Height
L: 4,431 mm (174.4 in), W: 1,904 mm (75.0 in), H: 1,252 mm (49.3 in)L: 4,434 mm (174.6 in), W: 1,930 mm (76 in), H: 1,252 mm (49.3 in)n/an/a
Weight (R-tronic)1,565 kg (3,450 lb)1,625 kg (3,580 lb)1,525 kg (3,360 lb)~1,600 kg (3,500 lb)

2 comments:

  1. How many this Audi R8 car in Malaysia

    ReplyDelete
  2. Maybe,at least 50..I saw twice at Subang Jaya and Pulau Pinang. ^_^
    Engine sound was soo good..Vrooom

    ReplyDelete